BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 08, 2013

PENUNGGU YANG PERNAH MISTERI

Penunggu misteri?
Siapakah dia?
Mengapa tiba-tiba ada?
Dan mengapa tiba-tiba tiada?
Adakah dia wujud?
Adakah dia jelmaan hantu?
Adakah dia syaitan yang bertopengkan manusia?
Adakah ianya benar atau palsu?

Rupa-rupanya,
Baru aku tahu,
Bahawa penunggu itu wujud,
Penunggu itu ada,
Bukan jelmaan hantu,
Bukan syaitan yang bertopengkan manusia,
Tapi,
Dia adalah realiti aku.

Setiap kali dia muncul,
Mesti dalam keadaan marah,
Siapakah yang dia marahkan itu?
Adakah aku?
Adakah kawan aku?
Siapakah?!!

Jika dia dalam keadaan marah,
Mukanya mesti bengis,
Mukanya mesti merah menahan marah.
Mukanya mesti......,
Entahla..
Au sendiri pun, tidak tahu nak beritahu bagaimana,
Dan tidak perlu diberitahu..

Aku tidak mengarti,
Dia sentiasa ada di mana-mana,
Dia sentiasa menunggu di depan dorm aku,
Dia sentiasa menunggu di depan pintu pagar,
Dia sentiasa menunggu di dewan makan,
Dia sentiasa menunggu di pejabat asrama,
Dia sentiasa menunggu di bilik prep,m
Dia sentiasa menunggu di mana-mana.

Tapi,
Aku hairan,
Aku pelik,
Aku keliru,
Aku konfius,
Siapakah yang dia tunggu?
Kenapa dia tunggu?
Hendak apa dia tunggu?
Dia mahu makankah?
Dia mahu menumpang tidurkah?
Dia mahu belajarkah?
Ahhhhh!!!! Lantak sajalah dia!!
Siapakah dia bagi aku??

nukilan: CPTN AFS