BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 08, 2013

PENUNGGU YANG PERNAH MISTERI

Penunggu misteri?
Siapakah dia?
Mengapa tiba-tiba ada?
Dan mengapa tiba-tiba tiada?
Adakah dia wujud?
Adakah dia jelmaan hantu?
Adakah dia syaitan yang bertopengkan manusia?
Adakah ianya benar atau palsu?

Rupa-rupanya,
Baru aku tahu,
Bahawa penunggu itu wujud,
Penunggu itu ada,
Bukan jelmaan hantu,
Bukan syaitan yang bertopengkan manusia,
Tapi,
Dia adalah realiti aku.

Setiap kali dia muncul,
Mesti dalam keadaan marah,
Siapakah yang dia marahkan itu?
Adakah aku?
Adakah kawan aku?
Siapakah?!!

Jika dia dalam keadaan marah,
Mukanya mesti bengis,
Mukanya mesti merah menahan marah.
Mukanya mesti......,
Entahla..
Au sendiri pun, tidak tahu nak beritahu bagaimana,
Dan tidak perlu diberitahu..

Aku tidak mengarti,
Dia sentiasa ada di mana-mana,
Dia sentiasa menunggu di depan dorm aku,
Dia sentiasa menunggu di depan pintu pagar,
Dia sentiasa menunggu di dewan makan,
Dia sentiasa menunggu di pejabat asrama,
Dia sentiasa menunggu di bilik prep,m
Dia sentiasa menunggu di mana-mana.

Tapi,
Aku hairan,
Aku pelik,
Aku keliru,
Aku konfius,
Siapakah yang dia tunggu?
Kenapa dia tunggu?
Hendak apa dia tunggu?
Dia mahu makankah?
Dia mahu menumpang tidurkah?
Dia mahu belajarkah?
Ahhhhh!!!! Lantak sajalah dia!!
Siapakah dia bagi aku??

nukilan: CPTN AFS

Wednesday, June 05, 2013

CUTI DI RUMAH SEMPENA NAK EXAM SPM!!

ASSALAMUALAIKUM!

hallloooo!! lama aku dah tak tengok blog aku yang tersayang.. haha.. rindu kot.. hmmm... aku masih blurrr lagi.. nak buat ape sekarang ye? haa! dah, dapat! sebenarnya, aku nak bagi tahu korang.. start cuti hari jumaat kan? 24 Mei 2013. but, bagi aku, cuti ni baru bermula pada hari jumaat 31 Mei 2013. nak tahu kenapa? yelaaa.... hari khamis, 23 Mei 2013 tu, aku dah sibuk-sibuk nak pergi kem. aku pergi under Bulan Sabit Merah Malaysia. makkkk aihhh! best giler kot! aku jumpe raaamai kawan. sama ada kenal ataupun tidak, itu cerita belakang. yang penting, jumpe ramai orang...

aku peri kem ni selama empat hari. bermula hari khamis sehigga hari ahad. tapi, aku tak dela balik sampai lewat malam kerana tengok k-pop show. haha. kitorang balik awal. sebab esoknya tu kitorang ada kelas tambahan. okay.

hari khamis~
kami bertolak pada pukul 2.50 petang. samapai di Putrajaya, pada pukul 3.30 petang. tunggu punya tunggu, kami sudah mendaftar. sampai pukul 8.00 malam, sudah tiba masanya kami pergi ke karnival sejuta belia di Dataran Putrajaya. perghhh! memey aaa best gilerrr! tapi, huwaaaaa! kene jalan kaki la mak oiiiiii..... penat gilerrr! jalan..jalan..jalan..jenjalan dengan adik adik tersayang.. aku aje yang jenjalan dengan form 3 dan aku seorang diri yang form 5. aku jenjalan dengan nur adani farisya binti yuzaili, amirah syahirah, muhammad ezsanadhir bin mohd ezzani, syed muhammad asyraf dan muhammad saifullah. gile laaa! happy! dengan adik tersayang pulak tuhh! haha! jalan.. jalan.. jalan..

tetibe aje jumpe seorang abang hensem ni. dia kate, suruh tunggu kejap. pastu, aku tak taw dia cakap ngan sape, aku toleh kanan, toleh kiri, usha sana, usha sini, oh, dia cakap ngan akak ni kot. sebab masa tu, ada akak akak ni kat sebelah kanan, kiri, depan dan belakang aku. oh, okay. pastu, aku pergi ajela daripada situ. sejurus nak menapak pergi daripada situ, TIBA TIBA! makkk aihhhh! terkrjut aku! ingatkan apa la tadi! rupa-rupanya, dia pegang tangan aku! welawehhhh! nasib baik aku tak de sakit kegagalan jantung. kalau tak, huhu..boleh aku mati terkejut kat situ jygakk..haha... nasib baek abang hensem..kalau tak..hmm..kirim salam.. aku tengking aje dia tu..haha.. tunggu punya tunggu.. rupa-rupanya, dia nak cakap "nanti, kalau awak jumpe kawan kawan awak yang under BSMM or yang pakai tali merah and beg merah tu, awak tolong bagi tahu mereka supaya balik ke tapak tepat pada pukul 11.30 malam.

bla..bla..bla..tak buat apa apa. mereka lepaskan kami semua lebih kurang pukul 12 lebih. pastu, aku terus siap siap kemas nak tidooo! khemah aku berkongsi dengan adani dengan amirah syahira. aku kemas kemas ni pun, sebab khemah aku bersepah gilerrr! haha! pastu, dah kemas, aku tidooo! buat kali pertama, aku bangun tepat pukul 3.50 pagi. lepas dah terjaga tu, dah tak dapat nak tidur balik. sebab hujan. khemah kitorang semua habis kuyup basah! sebab khemah kitorang bocor! haha!

malas nak pergi mandi awal, kitorang buat buat tidur dalam khemah, pastu pergi masjid besi pukul 5.00 pagi.  sempatla mandi sebelum solat subuh tu. yela...azan subuh pun, pukul 5 lebih kan? hmm...dah masuk hari jumaat..semua orang tengah cuti..cuma kitorang yang ada kata tapak perkhemahan ni aje yang tak terase cutinya..nak buat macam mana? dah nak ikut sangat kan? hmmm.. pergila.. peringkat kebangsaan la katakan.. wee..weee...wee...

la..bla..bla.. dah masuk hari ahad..tiba masanya untuk kitorang semua buat pertandingan simulasi mengikut kumpulan masing-masing... aku, kumpulan satu.. tapi, kumpulan aku tak menang pun.. aku, jadi manga.. sapa sape kumpulan kawan aku yang menang tu, bangga la mereka.. yela... dah menang la katakan.. haha!!
oh, okay. dah tiba masanya waktu balikkk!! huwaaaa!! sedihhh! rindu la pulakk nak jumpe dengan abang abang fasilitator aku masa hari perkhemahan ni dengan masa aku pergi explorace.. dapat no satu kott! itu pun sebab, abang abang tu tengok muke aku comel sangat kot! haha! sebab dalam kumpulan aku tu, ada dua orang perempuan. seorang lagi tu, budak form 3 yang sangat slebet orangnya. haha! sorry la ye, dikk?!

bla..bla..bla..masa balikkk! kitorang kat dalam bas, jadi gilaaa!! hehhe.. mana taknye.. menyanyi, menjerit, melalak,melawan sorakan(sorakan sape laagi kuat). pastu, lambai semua orang yang ada kat luar bas.. ada yang sporting, ada yang buat muka "ish, sape la tu? anak sape yang gile kat dalam bas tu?" mungkin la kot! haha! then, dah sampai skola! aku still stay kat asrama. tak balik rumah laaagii!

bla..bla..bla..hari isnin, aku tak pergi kelas. sebab, penat gilerr! keje aku hari isnin:tidooo! lepas breakfast. baca buku kejap, teros terlelap..pastu, bangun sebab ada orang ketuk pintu dorm.. haaaa!!! aisyah rupa rupanyaa! sebab dia nak ajak aku pergi kajang..tapi, dia kata, kalau aku penat sangat, tak payah la pergi..pastu, aku pun, okay kan ajela.. pastu, aku sambung tidur balik.. bangun aje, teros solat zuhur, mandi and baru kemas barang aku.. esok, pergi MSU!!

masuklah hari selasa, 28 Mei 2013!! pergi MSU!! yayyy! tengok mayat!! first time tengok mayat yang sudah disejuk bekukan..bla..bla..bla..balik asrama..rabu dan khamis, aku ada kelas tambahan..hari seperti biasa.. yaaaayyyyy!! hari khamis balikk!! and for the first time, aku balik lambat gileee! aku balik pukul 8 lebih..  ni, adalah berpunca daripada aku menunggu along atau angah yang baru nak balik daripada tempat kerja mereka... kesian kat mazleen.. kene tunggu aku ada peneman.. kalau tak, mesti dia dah boleh balik awal sikit daripada aku.. hmm.. thanks, mazleen..tak de kau, aku sorang sorang kat dalam dorm.. huhuhu...

balik rumah, dah terus kene bebel and kene marah ngan mama, papa, angah dan kakak..macam macam tuduhan yang aku terima. tak kesahla apa apa pun.. tetapi, bukan tuduhan yang buruk sangat pun.. ala.. setakat rumah bersepah, apala sangat... hmmm...

nak taw tak? adam datang rumah hari jumaat (31 Mei 2013)!! masyukkk! adam balik ni pun, ada sebabnya.. sebabnya adalah pada hari ahad nanti, (2 JUN 2013), majlis aqiqah dan kesyukuran adam harith berlangsung di rumah no 30, jalan desa baru 2a, taman desa baru, 43000 kajang, selangor darul ehsan. sebelum, semasa dan selepas kenduri, hmmm.... sudah semestinya kene mengemas rumah dan langsung tidak memegang buku.. kan?? pada malam isnin, adam dah balik ampang.. sedih aje.. mane tak sedihnya.. adam agak rapat dengan atuk, nenda, pak ngah. maksu dan mak lang nya.. sedih la.. masuk hari selasa, macam biase untuk hari hari cuti yang sebelum ni.. bosan gileee laaaa!! dan untuk first time aku bukak buku biologi untuk menyiapkan tugasan yang cikgu rafidah bagi. alaaa.. siple aje kot.. biologi kertas tiga.. buat yang no satu aje.. sepatutnya, kena buat sikit, tapi, aku buat semua.. haha..

hari rabu, kini aku berada di pejabat papa. aku nak siapkan keje matematik tambahan!!

byee!! nak balik rumahhhh!!!

Saturday, January 12, 2013

seharian di UM

Assalamualaikum!

hari ni, hari sabtu. semalam, hari jumaat. semalam, skola dan tamat sahaja waktu persekolahan, aku teros balik asrama, makan, kemas baju nak balik rumah awal. for the first time, aku balik awal. balik rumah! rindu rumah! boleh dikatakan macam homesick la.. rindu gile! walaupun baru je masuk dua minggu skola dan aku sudah pun masuk form five. nak kate rindu sangat kat rumah tu, tak lah..actually, aku rindu nak jumpe someone. orang yang aku nak jumpe sangat sangat tu, adalah kenalan mama di UM. sebelum ni(waktu cuti akhir taon 2012), aku ikut mama pegi UM. setiap kali aku ikot mama, DYE ade! tapi sekarang, dye takde! mama kata, mungkin dye pegi perhimpunan kat dataran merdeka. tapi, harap harap jangan la. tapi, tak taw kenape hati aku tak sedap hari ni. sejak pagi aku smpai sini, aku terfikir kenapa dye tak datang.. dye tengah nikah ke...? tengah bersanding ke...? atau tengah jumpe dengan bakal mak mentua dye...? hmmm.. entahla.. aku berharap, cinta aku kali ni, akan sampai ke akhir hayat. walaupun aku tak dapat kahwin dengan dye, tapi hati aku hanyalah untuk dye seorang selama-lamanya.

hope, lepas ni, kalau aku ikot mama datang, dye ade!

ade satu cerite pasal dye. mase tu, mama pegi kelas arab hari rabu dekat rumah kawan mama. pastu, aku usha la beg mama. pastu, aku ade jumpe no dye! OMGGG!! ape lagi, aku amek la.. tapi first2 tu, aku simpan aje dulu untuk buat kenangan..last2, aku terpakse mesej dye. sebab, aku mengalami masalah yang termat besar. haha.

~~imbas kembali..~~

last aku pegi UM adalah pada 22 disember 2012. pada hari tersebut, aku ade beli top up RM15.00 dekat kooperasi UM. pastu, abang tu kate, top up tu, kene tunggu dulu. sebab kene ikut line kat situ. yela..line kat situ kan , lembap. aku malas nak tunggu. aku tros bayar dan blah.. tunggu kat rumah, x dapat.. tunggu malam, pun, x dapat dapat jugak.. seminggu sudah berlalu. pastu kelas yang akan datang adalah pada 29 disember 2012. kebetulan pada hari itu, aku bangun lambat. so, x dapat la nak jumpe abang koop tu. aku buntu. aku pun amek kesempatan utk mesej dye! hati aku jadi tak keruan. samada nak mesej atau tak..

mesej aku kepada dia :
"assalamualaikum..ni, no abang ***** kan? boleh mintak tolong tak?"

banyak kali aku tanye hati aku. betul ke aku yang anta mesej ni. last2, aku dah TER tekan butang sent. tunggu punye tunggu.. last skali, TRUTTT..TRUTTTT..TRUTTTT... menunjukkan bunyi ade mesej masuk. hati aku teros berdebar-debar. gile takk? haha. mesej punye mesej, dye tolong akuuu!!!! beberapa minit kemudian, ade mesej masuk..maksud daripada mesej tu, no aku dah masuk top up RM15.00 berdasarkan usaha yang telah dilakukan oleh dye!! waaah! baiknye hati!! dah lepas mesej tu masuk, tetibe, ade bunyi yang menunjukkan ade orang call aku. perghhh! debaran buat kali ke--(tak ingat). haha.

pastu, aku pun angkatla.. perghh! suare dye!! lembut gile!! tak macam suare lelaki yang pernah aku dengar sebelum ni!!

ok, sambung kemudian..!!